I'm smiling but I'm dying trying not to...
Semua benda berlaku sekarang ini sangat tak masuk akal. Sangat sangat sangat tak masuk akal. Aku rasa aku nak bangun dari mimpi yang panjang ni dan aku tak nak pun berada di dalam mimpi yang panjang ni. Tolong aku :'(
Tak banyak, cuma aku menyesal. Aku menyesal maafkan kau dulu. Aku menyesal tak dengar cakap orang lain dulu. Aku menyesal kenapa kita pernah bertemu. Aku menyesal kongsi rahsia aku dengan kau. Aku sangat sangat menyesal dengan semua yang berlaku. Bagi aku semua ni berlaku dengan sangat pantas. Tak sembuh lagi luka dalam hati kau tambah lagi luka yang lebih parah.
TERIMA KASIH KAWAN!
Kau tikam aku, kau tikam aku sampai aku tak boleh bangun. Apa motif kau? Nak balas dendam? Balas dendam sebab aku pernah bagitahu orang masa dulu yang aku tak suka kau? HELL-O ! Bukan aku SORANG yang tak suka kau, tapi ramai lagi okayyy? Macam ni aku patut panggil kau kawan? Tidak doe, kau tak layak untuk aku panggil kawan. Orang yang hargai kawan tak macam ni doe. Kau tak layak untuk aku panggil kawan.
Pernah dulu aku beritahu kau yang aku tak percaya dengan kau cuma 50/50 kan? Sebelum aku bagi jawapan aku tu kau kata kau percaya aku. Lepas haritu aku fikir balik, orang dah trust aku takkan aku tak nak trust dia pulak kann? So, aku buang ego aku, aku merendah kan diri dan mula percaya kau serta berkongsi rahsia dengan kau. Tapi ini balasan kau kat aku?
Aku menyesal tak dengar cakap orang lain dulu pasal kau, sebab aku fikir kita kawan. Kita satu kelas. Kita setiap hari bersua muka. Aku tak nak lah semua tu menghantui aku. Aku endahkan kata-kata mereka sebab kita satu kelas dan satu sekolah. Tapi ternyata aku silap. Bila nasi dah jadi bubur baru aku nak menyesal tak sudah. Nak hadap kau pun aku dah tak sanggup. Ini balasan kau kat aku?
Aku menyesal aku maaf kan kau dulu. Semua nya air mata palsu bila kau minta maaf pada aku dulu. Aku tak sangka ini yang kau buat kat aku. Aku maafkan kau dulu kerana aku masih mempunyai hati dan perasaan. Kalau tak, aku tak kan maafkan kau lagi sampai sekarang. Aku dengan ego aku yang tinggi jangan harap kita akan berkawan lagi. Tapi semua tu aku ketepikan, aku rendah kan ego aku dan mula memaafkan kau. Tapi ini yang kau balas kat aku?
Aku amik kata-kata dari 'B' kesayangan kau:
"I just believe in second chance. There is no third for me." - B kau
Cukup-cukup lah aku dah kena macam ni. Aku tak nak kene lagi. Aku masih ada hati dan perasaan. Minta maaf memang senang. Tapi yang nak lupakan tu sangat susah .-.
#Kepada yang si lelaki, kalau kau nak balas dendam pun. Jangan libatkan kawan aku boleh tak? Aku mohon.
BUAT MANUSIA YANG MENGENALI DIRI INI JIKA ADA SALAH SILAP SEPANJANG PENGENALAN KITA, AKU MOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI KAU ORANG.
Sincerely,
ss